Exco Melaka hina kaum Tionghua dakwa judi budaya Cina

Exco Kerajaan Negeri Melaka, Yunos Hussin(gambar) telah menghina kaum Cina dalam Sidang Dun semalam. Semasa menjawab pertanyaan Adun Kesidang, Goh Leong San, Yunos berkata mesin judi tidak boleh disekat kerana bagi sebilangan masyarakat Cina judi adalah budaya mereka.

Ternyata Yunos telah menuduh judi sebagai budaya orang Cina sedangkan sudah berkali-kali pemimpin kaum Cina dan Budayawan Cina menafikan judi sebagai budaya mereka.

Pada Sidang Dun tersebut, Goh Leong San yang juga merupakan Ketua Pembangkang membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Yunos sehingga beliau digantung dari menghadiri sidang tersebut selama 3 hari.

Kaum Cina diharapkan dapat menilai dan membuat analisa terhadap tuduhan Yunos ini yang nyata mengguriskan hati rakyat Malaysia termasuk orang Melayu. Kita mendesak Adun dan pemimpin MCA serta Gerakan yang berbangsa Cina menyatakan pendirian mereka terhadap tuduhan Exco kerajaan negeri Melaka ini.

Comments