Dr Asri Pengganas? Siapa tak sokong Umno/BN pengganas?


Ramai yang terkejut apabila media melaporkan pendakwah Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilabelkan sebagai PENGGANAS.


Antara yang turut mempertikaikan laporan itu ialah Khairy Jamaluddin yang jelas tidak puashati dengan label tersebut.


Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu mahu Majlis Keselamatan Negara memberi penjelasan berhubung laporan media bahawa bekas Mufti Perlis itu dan tokoh-tokoh agama Islam disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas.

“Saya berasa sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya Majlis Keselamatan Negara, semasa mesyuaratnya, telah mengenalpasti bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, serta beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul,” katanya ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di blognya yang saya petik dari Malaysiakini.

Menurut beliau, sebarang maklumat yang telah dibentangkan itu hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa.Katanya, Dr Asri serta mereka yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas itu juga perlu diberi peluang membela diri dan memberikan hujah bagi menjelaskan kedudukan mereka.


Adakah kerajaan mengamalkan fahaman bahawa sesiapa yang tidak menyokong Umno/BN secara totok adalah PENGGANAS. 


Oleh kerana Asri selalu mengkritik Umno/BN dan kerajaan pimpinan parti itu maka Asri disifatkan sebagai PENGGANAS. ????

Comments