Inilah antara rayuan rakyat Marhaen kepada PM Najib sempena Ulang Tahun Kelahirannya yang ke 58::
1) Turunkan harga minyak
2) Kawal harga barangan keperluan seharian dan pastikan supaya harga barangan seperti beras, gula, minyak, susu diturunkan selepas minyak diturunkan
3) Pastikan pendidikan percuma untuk anak-anak kami dari Tadika sehingga IPT dengan menggunkan wang subsidi untuk IPP
4) Pastikan bayaran untuk kos kesihatan percuma di Hospital Kerajaan dan sederhana di Hospital Swasta
5) Bebaskan institusi masyarakat seperti masjid, surau, JKKK dan sebagainya bebas dari politik supaya perpaduan lebih baik di kalangan kami dan supaya kami dapat melantik mereka yang benar-benar layak memimpin kami .
6) Bebaskan media dari pengaruh terlampau politik pemerintah sehingga kami meluat untuk membaca surat khabar dan menonton TV yang hanya mengampu kerajaan membuta tuli sehingga menyiarkan berita fitnah, bohong, video seks, penipu dan sebagainya. Jangan heret rakyat sama-sama dapat saham menipu, memfitnah, menonton video seks dan sebagainya.
Itu sahaja buat kali ini wahai PM Najib .....................
Comments