Kami memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur kira-kira jam 9.15 malam. Setelah berbincang ringkas bersama-sama ahli rombongan kami memutuskan untuk keluar dari Melaka menggunakan Tol Simpang Ampat bukannya melalui Ayer Keroh keraan dikhuatiri ditahan oleh Sang Pencacai Umno. Sebelum bertolak kami bersetuju melantik Abu Ariq Amsyar untuk menjadi 'Amir Sab'.
Dalam perjalanan kami masing-masing bercerita tentang kemungkinan-kemungkinan yang berlaku ke atas kami keesokan harinya. Antara yang dibayangkan ialah kami akan menghidu udara segar berwarna putih yang di'sedekah'kan oleh Si Pencacai Umno. Mungkin juga kami akan bermandi air wangi muntahan dari meriam air berwarna merah kepunyaan Pencacai berkepala merah. Malah lebih teruk dari kami mungkin akan menaiki 'limousin' Pencacai Umno untuk di'tarbiyah'kan selama beberapa hari di Pusat Tarbiyyah Pencacai Umno seperti yang dialami oleh 17 sahabat dari Jasin 3 hingga 6 Julai lalu.
Atau paling teruk kami akan dimasukkan ke rumah sakit akibat terkena belantan atau dipijak serta ditumbuk oleh Pencacai atau mungkin terkena 'canister' udara segar muntahan senapang khas Pencacai. Terbayang juga di kepala kami tentang banner yang digunakan semasa latihan Pencacai baru-baru ini iaitu Tembak Jika tidak mahu bersurai. Sebarang kemungkinan boleh berlaku bila berdepan dengan Pencacai yang tidak berhati perut dan bersifat seperti anjing yang sentiasa taat membuta tuli kepada tuannya.
Kami singgah untuk membasahkan tekak di R& R Seremban dan bertemu dengan Hassan, Hussin dan Mohammad serta Ibnu Sharif. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bermalam di Bangi dirumah saudar Ibnu Sharif bermalam di Surau berdekatan dengan rumah saudara Ibnu Sharif. Malam itu kami berjuang hebat dengan sang nyamuk yang ternyata kenduri besar dengan kesudian kami menginfakkan darah yang berharga kepada suku sakat mereka di situ. Serangan Sang Nyamuk malam itu cukup luar biasa sehingga ramai yang tidak dapat melelapkan mata.
Jam 5.17 pagi kami sudah bangun lantara 'kebaikan' Sang Nyamuk menyuruh kami berqiamullail. Jam 7.00 pagi kami sudah berada di rumah Saudara Ibnu Sharif untuk menerima undangan bersarapan pagi dengan pulut BERSIH 2.0 (warna kuning), mee hoon, kuih dan lain-lain. Ramai yang gagal menuruti sunnah Nabi pagi itu kerana makan begitu banyak hingga 'tangkap lengtuk'.
Bertolak ke KL menggunakan Komuter di Stesyen UKM. Seawal jam 9.00 pagi kami sudah berada di atas Komuter yang agak ramai penumpangnya. Di Stesyen Komuter lagi kami melihat kelibat Si Pencacai yang bersidai di Stesyen tersebu memerhatikan gerak gerak rakyat. Malah gambar kami juga di ambil oleh Si Pencacai yang bertindak bagaikan Paparazzi mengambil gambar Lady Diana dan buah hatinya.
Di atas Komuter saya menerima sms dari sahabat lama Abu Hakkam yang menyatakan bahawa lebih baik turun di Stesyen Bersepadu Bandar Tasik Selatan dan seterusnya menggunakan LRT ke Stesyen Hang Tuah. Saya dan sahabat-sabahat menurut sahaja cadangan Abu Hakkam yang sebenarnya menaiki koc yang sama. Akhirnya kami sampai di Stesyen Hang Tuah lebih kurang jam 9.45 pagi. Turun di Stesyen tersebut, kami lihat ramai Pencacai Umno yang majoritinya berpakaian preman. Kerjanya memerhatikan rakyat yang lalu lalang dan menyampaikan info pada Ketua Pencacai yang sedang rakus menunggu maklumat samada yang hak atau batil..............bersambung
Catatan : Ariq Amsyar

Comments