Biometrik : Ibarat menembak lalat dengan peluru berpandu

Lain diminta lain diberi, ibarat menembak lalat dengan peluru berpandu itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada tindakan SPR yang akan menggunakan kaedah biometrik dalam pilihanraya umum akan datang.


Memang SPR sebenarnya sengaja tidak mahu menggunakan kaedah yang jauh lebih murah dan berkesan untuk mengelakkan seseorang mengundi 2 kali dan penipuan lain.


Kita hanya mahu memastikan seseorang itu tidak mengundi 2 kali, maka seseorang itu telah mengundi dan tangannya dicelup dalam dakwat sudah pasti beliau tidak boleh mengundi kali kedua kerana sudah ada kesan ditangan. Tetapi jika kaedah biometrik dipakai maka sudah pasti seseorang itu boleh mengundi lebih dari sekali jika namanya ada di beberapa tempat yang berlainan seperti yang dibuktikan oleh saya. 

Seseorang itu juga boleh mengundi banyak kali jika dia mempunyai Kad Pengenalan sah yang banyak. Ini kerana biometrik boleh memastikan bahawa dia adalah pemegang Kad Pengenalan yang sah berpandukan cop ibu jari dalam biometrik walaupun gambarnya tidak sama dengan tuannya.

Memang banyak cara dan kaedah untuk menipu jika kaedah biometrik digunakan asalkan pemegang Kad Pengenalan itu ada Kad Pengenalan yang menggunakan data ibu jari beliau sendiri. 

Sudah banyak isu dan dakwaan yang kita dengar di mana pendatang asing di beri Kad Pengenalan dengan mudah. Selain itu sudah banyak tangkapan dibuat ke atas Pegawai yang terlibat dengan pemberian Kad Pengenalan. Ini bermakna memang ujud kes di mana Kad Pengenalan yang mempunyai sistem pengenalan biometrik ini diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki lebih-lebih lagi jika ia direstui oleh pihak-pihak tertentu.

Tuntuan BERSIH 2.0 tentang penggunaan dakwat kekal memang relevan dan praktikal. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi dan prasarana yang canggih.
SPR dan kerajaan jangan buat-buat tidak faham akan perkara ini.

Comments

otaklunyai said…
kayu ukur yang paling mudah utk menilai keikhlasan amno laknat ini yg mewakili bee end dalam melaksanakan pilihanraya yg bersih dan adil... "jika ada sesuatu perkara sangat2 ingin mereka laksanakan itu adalah satu penipuan" jika tidak mereka tidak akan laksanakan... perangai mereka sama seperti puak2 yahudi yg memusuhi Islam. Tiap2 tindakan mereka pasti ada muslihat... sebab mereka melakukan bukan kerana Allah dan bukan atas dasar keimanan
Anonymous said…
ada je yg tak kena ko nih,dr mula2 suka melihat pandangan tulisan langsung skrg mcn haprak la ko nih.dah bagi tak betul la./.itu kla..ini la.mcm hanjing