Dewan Muslimat mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyiasat salah laku oleh pihak PDRM, pencabulan undang-undang serta perlanggaran Keluhuran Perlembagaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sepanjang menangani Himpunan Aman Bersih ini ; khususnya oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua dan Timbalan Polis Negara.
Dewan Muslimat mendesak agar jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara digantung sementara waktu bagi memberi laluan penyiasatan yang telus dan tanpa sebarang ”gangguan”.
Dewan Muslimat juga mendesak agar SUHAKAM segera mengambil tindakan dan apa jua inisiatif agar hak asasi manusia dalam negara ini terus terjamin.
Dewan Muslimat turut menyelar semua pihak yang terlibat menafikan hak dan kewajaran Bersih 2.0 daripada menggunakan Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011.
Dewan Muslimat mencabar UMNO dan Pemuda UMNO khususnya, bagi menyatakan pendirian apakah artis-artis Barat yang berpakaian menjolok mata lebih ”mulia” dan ”bersemangat partriotik” kepada negara ini berbanding rakyat Malaysia yang menuntut satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih dan Adil?
Kenyataan Akhbar
Aiman Athirah Al Jundi - Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Comments