Bersiap untuk ke Stadium

Besar kemungkinan Demo Bersih 2.0 akan diadakan di stadium. Perkara ini dibayangkan oleh Pengerusi Bersih 2.0 S. Ambiga dan pemimpin tertinggi PR sebentar tadi.

Ambiga, Sasterawan Negara A Samad Said dan Presiden JIM, Zaid Kamaruddin diterima menghadap Yang Dipertua Agung petang ini. Sebaik keluar dari istana  Ambiga membuat kenyataan sedemikian. Namun kenyataan akhbar rasmi akan dibuat bila-bila masa sahaja sekarang.


Sebelum itu, Pakatan membayangkan akan bersetuju untuk berhimpun di stadium melalui tiga pemimpin kanan mereka.

Pakatan Rakyat juga menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.
Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium

Comments