Bersahur adalah sunat. Ianya menambah keberkatan berpuasa. Adalah disunatkan melambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka bila tiba masanya. Adalah diharapkan kita dapat mengambil kesempatan bersahur dengan kita mengerjakan solat tahajjud, witir, tasbih, berzikir dan sebagainya. Tidak perlulah kita tidur selepas kita bangun bersahur. Selain itu kita boleh sama-sama membaca Al-Qur'an. Kita semua sudah faham dan tahu bahawa ganjaran yang dikurniakan Allah berganda-ganda di bulan Ramadhan ini. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu Neraka ditutup.
Comments