Awasi provokasi

Musuh-musuh hanya menanti sahaja untuk melakukan povokasi pada setiap program yang dianjurkan oleh kita. Adalah dijangkakan program 'Gotong-Royong' BERSIH 2.0 Sabtu depan akan menghadapi provokasi maha dahsyat dari musuh-musuh dan pencacai musuh. Itu memang kerja mereka yang tidak tahu HALAL dan HARAM.

Musuh dan pencacai musuh akan melakukan provokasi dengan merosakkan harta benda awam, memaki hamun musuh dan pencacai, bergaduh dan sebagainya. Maklumat yang kita terima mereka ini akan memakai baju BERSIH dan akan melakukan provokasi jahat untuk menggambarkan keganasan dan kejahatan peserta BERSIH dan pendokong-pendokongnya.

Kepada pimpinan sediakan strategi untuk menghadapi provokasi ini. Unutk pengikut jangan cepat melenting atau terikut-ikut dengan provkasi musuh. Sentiasa patuh kepada arahan pimpinan.

Comments