Apa khabar semua, DI MANA ANDA SEKARANG?

Apa khabar teman-teman semua. Di mana kalian sekarang.....dalam perjalanan atau sedang berkira-kira untuk berkelana atau sudah sampai ke tempat yang dituju.

Beginilah keadaan kita yang seolah-olah berada dalam sebuah negara jakun yang tidak menghormati hak asasi rakyat. Kita dilayan umpama penjenayah dan perompak. Rakyat ditakut-takutkan, diugut dan diperbodoh-bodohkan oleh Sang Penguasa yang tamak haloba akan kuasa.

Semuanya gara-gara Sang Penguasa yang takut hilang kuasa akibat diri sendiri yang penuh suka membuat onar dan kejahatan. Sehingga diri sendiri takut untuk kehilangan kuasa, takut bila kuasa terlepas segala onar dan kejahatan terbongkar dan menuruti apa yang dilalui oleh penguasa dunia yang didakwa sebaik sahaja kehilangan kuasa.

Rakyat hanya mahu berhimpun secara aman dan santai .........tidak lebih dari itu. Bukannya mahu berlawan atau bersengketa dengan pencacai-pencacai Sang Penguasa. Rakyat hanya menagih pertolongan Sang Pencacai agar dapat menjaga ketenteraman perhimpunan mereka bukannya merayu supaya disembur dengan gas dan air kimia yang dibeli dengan duit rakyat sendiri.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang ditubuhkan oleh Sang Penguasa sendiri menggesa hak berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan di hormati.

Semoga semua sahabat-sahabat ku yang cintakan keadilan dan kedamaian mendapat perlindungan dari Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu hal .......

Comments