172,868 'likes' Facebook Gesa Najib letak jawatan

Kira-kira 172,868 menyokong Najib berundur di mana mereka meng'klik' 'likes' pada Laman Facebook '100,000 Gesa Najib Berundur' yang baru diujudkan Sabtu lalu. Angka itu dirakamkan pada pagi hari ini.

Ini membuktikan bahawa majoriti rakyat tidak menyenangi cara Najib dan Kerajaan menangani Himpunan Aman Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Adalah dijangkakan lebih ramai akan menyokong gesaan ini dari sehari ke sehari. Mengikut fakta yang disiarkan oleh Malaysiakini laman Facebook tersebut mencapai targetnya iaitu 100,000 (likes) pada hari Isnin iaitu hanya 2 hari ia dilancarkan dengan purata 300 'likes' untuk satu minit.

Fakta merupakan satu tamparan hebat kepada Najib dan kerajaan BN dalam alam cyber. Ternyata generasi Cyber begitu marah dengan tindakan Pencacai Umno yang menggunakan kekerasan terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 yang menyebabkan mereka mengujudkan laman Facebook menggesa Najib berundur.

Sumber : Malaysiakini

Comments

Anonymous said…
WAHAI SEMUA SAUDARA SE ISLAM.....SEDARLAH TIDAK AKAN SEMUA ORANG AKAN MENYOKONG APA YANG KALIAN SOKONG. BANYAK SIFAT & SIKAP BURUK YANG KAMI NAMPAK DIKALANGAN KALIAN BERBANDING DENGAN ORANG YANG KAU KUTUK.

INSAFLAH...DAN BALIK KEPADA UKHWAH PERPADUAN ISLAM YANG SEBENAR.

AMIN