17 sahabat yang ditahan dilayan seperti penjenayah berbahaya

Sedih melihat sahabat sendiri digari dan dirantai seperti penjenayah berbahaya. Apakah kesalahan mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Apa jenayah yang mereka lakukan sehingga tergamak air muka dan maruah mereka dimalukan sedemikian rupa.

Semasa di bawa ke mahkamah dan dikandang orang salah di Mahkamah Ayer Keroh pagi tadi, tangan kesemua 17 orang pemimpin dan ahli PAS Jasin dirantai. Berbahayakah mereka kepada keselamatan negara sehingga dilayan umpama pembunuh dan perogol bersiri.

Sama-sama kita berdoa agar mereka diberi kekuatan oleh Allah bagi menghadapi dugaan ini.

Comments