17 sahabat dilayan bagaikan penjenayah besar

Inilah gambar 17 orang sahabat kita yang ditahan di Pejabat PAS Jasin Ahad lalu. Kesemua mereka digari dan dirantai bagaikan penjenayah besar dan merbahaya. Insya Allah segala kezaliman dan kekejaman ini akan dibalas oleh Allah S.W.T.

Kesalahan mereka hanyalah kerana berada di dalam kawasan Pejabat PAS Jasin di mana terdapatnya sebuah meja yang diatasnya ada 113 helai baju Bersih 2.0 dan poster perhimpunan Bersih 2.0.

Comments