Zulkifli Nordin hina Dr Yusof Qaradhawi

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin sebenarnya menghina ulama' tersohor Dr Yusof Qaradhawi apabila mendakwa bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Zulkifli mendakwa beliau merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

Ternyata Zulkifli menghina Ulama' tersohor itu. Takkan Dr Yusof mudah ditipu sebegitu rupa sehingga mengeluarkan fatwa dan hukum sesuka hati tanpa usul periksa, Beliau bukannya Ulama terompah kayu atau Ulama' pengampu seperti yang ada di negara kita sekarang. Mustahil beliau mengeluarkan kenyataan atau fatwa dengan sewenang-wenangnya. Takkanlah Dr Yusof boleh mudah percaya kepada orang seperti Zulkifli Nordin tanpa usul periksa.

Kalau hendak berbohong biarlah logik wahai Zul ....orang semua kenai hang ............

Comments

Anonymous said…
Zulkifli 'TakNurdeen' telah mengakui sendiri bahawa beliau telah menjadi agen perdaya, secara tak langsung membuka pekung di dada! haha..So buat apa nak percaya dia lagi! Sebarkan .. biar rakyat nampak paradigma yg beliau mmg kaki kelentong!
Anonymous said…
Zulkifli 'TakNurdeen' sendiri mengakui yg dia telah menjadi agen perdaya! Membuka pekung di dada - dia mmg tak boleh dipercaya! Sekarang dia menjadi agen perdaya cerita UMNO pula!