YB Khoo cabar Ali Rustam minta maaf

Ahli Dewan Undangan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mencabar Ali Rustam supaya memohon maaf diatas pembohongan yang dilakukannya baru-baru ini.

Ketua Menteri Melaka itu telah menuduh DAP memindah pengundi luar untuk dimasukkan dalam parlimen Bukit Katil dimana katanya 25 orang pengundi diletakkan dalam satu alamat. Tuduhannya disiarkan di dalam akhbar arus perdana.

Khoo berkata tuduhan Ali Rustam ini amat berat kerana ianya melibatkan DAP dan SPR.

"Saya telah menulis surat kepada ibupejabat SPR di Putra Jaya bagi memastikan tuduhan ini benar atau tidak".

"SPR telah membalas surat saya dan menjelaskan bahawa tiada kejadian memindahkan pengundi seperti yang dituduh oleh Ketua Menteri".

Menurutnya tuduhan Ali Rustam tersebut ternyata tidak berasas dan merupakan suatu pembohongan yang nyata yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang berjawatan Ketua Menteri.

"Kita cabar Ali Rustam supaya memohon maaf kepada DAP dan rakyat Melaka kerana beliau telah membuat pembohongan yang besar" kata Khoo ketika menyampaikan ceramah di Pejabat PAS Bukit Beruang malam tadi.

Comments