Utusan sesat dan menyesatkan

Sebelum ini Utusan menyiarkan cerita-cerita porno video seks dengan memaparkan gambar-gambar lucah di dada akhbar itu.Setelah puas melalaikan rakyat Malaysia dengan gambar lucah kini Utusan menggunakan kartun pula untuk mengeliru dan menyesatkan rakyat.

Utusan (Ketua Pengarangnya) tidak sedar bahawa bukan sahaja mereka menyesatkan rakyat dengan menyiarkan kartun kontroversi itu hari ini, bahkan sebenarnya mereka mempersendakan hukum Allah yang qat'i dan tiada khilaf. Apa hukumnya? Alim ulama lebih faham!!!

Saya menggesa Utusan supaya menghentikan berita, laporan atau kartun seperti ini ianya bukan sahaja menyesatkan rakyat Malaysia malah menyindir dan mempersendakan Islam. Berani sungguh puak-puak ini mempersendakan Islam ciptaan Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Tidak takutkah mereka kepada siksaan Allah.

Kalau jahil buat cara orang Jahil jangan cuba mempersendakan Islam. Belajarlah dari orang yang tahu. Kalau tidak tahu bertanyalah kepada yang tahu sebelum menyiarkan sebarang artikel, laporan, kartun dan sebagainya.

Sekali lagi saya menegaskan supaya kerajaan mengambil tindakan kepada Ketua Pengarang, Editor dan Utusan sendiri kerana jelas ia telah mempermain dan mempersendakan Islam.

Comments