Bermacam-macam usaha jahat yang dilakukan oleh Utusan Meloya. Setelah cuba untuk memporakperandakan pemilihan PAS baru-baru ini, Utusan berusaha pula untuk menuduh PAS membelakangkan ulama', hari ini Utusan meneruskan kerja berdosa ini dengan menjadi batu api supaya Anwar dan Mat Sabu bergaduh.
Tak habis-habis Utusan mencari jalan untuk menambah dosa dengan memfitnah, mengadu domba, berbohong dan seribu satu macam sifat mazmumah.
2 hari lepas mereka menyiarkan kartun menghina dan mempersenda hukum Islam, hari ini mereka menyiarkan pula berita supaya Mat Sabu memohon maaf kepada Anwar Ibrahim sedangkan Anwar sendiri tidak pernah pun Mat Sabu berbuat demikian. Bila pula Utusan begitu lunak kepada Anwar.
Inilah sifat media yang mempunyai prinsip pragmatik, sekular, berpegang kepada prinsip matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja matlamat yang disuruh oleh tuannya mereka akan lakukan biarkan ianya berdosa besar.
Orang membuat gesaan itu ialah Anuar, bekas orang kuat Anwar yang kini menjadi pencacai Umno. BIla didakwa mahukan penjelasan tentang gelaran yang pernah disebut oleh Mat Sabu kepada Anwar kononnya ramai anak muda ingin tahu maksud sebenar gelaran yang diberikan itu.
Comments