Undi 2 kali ........... SPR .Jangan Tipu

Timbalan Pengerusi SPR berkata , "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad, melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.

"Lagipun kita sendiri tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang.

"Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya.



Beliau cuba menipu rakyat sekali lagi. Terdapat bukti bahawa ada pengundi yang mengundi 2 kali atau lebih kerana nama mereka terdapat di 2 lokaliti berlainan. Biasanya nama mereka ini terdapat dalam 2 DUN yang berlainan malah mungkin dalam negeri yang berlainan.

Seorang kawan saya mengaku sendiri bahawa nama beliau terdapat di 2 daftar pemilih di 2 DUN yang berlainan dan beliau mengambil kesempatan tersebut mengundi sebanyak 2 kali. Namun beliau tidak berani untuk tampil menjadi saksi untuk membuktikan perkara ini.



Saya akan cuba mendapatkan maklumat sleanjutnya bagi mendedahan penipuan dan penyelewengan daftar pemilih ini dalam masa terdekat.

Comments