Pemimpin Umno menuduh bahawa hanya pemimpin yang kaki mengampu dan 'pak turut' kepada DAP sahaja akan selamat dalam Pas kerana golongan 'Anwarinas' tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka yang berani berkata tidak.
Tuduhan ini dibuat oleh Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus. Bila pula pemimpin PAS mengampu dan membodek DAP. PAS sendiri tidak pernah melutut dan merayu kepada sesiapa sahaja dalam perjuangan politiknya. Hanya Umno yang sekarang ini gila talak merayu dan mengajak PAS dan DAP bersama mereka.
Kalau benarlah tuduhan pencacai Umno ini maka sahlah Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang pengampu dan pak turut DAP sebab mereka dipilih dan dikekalkan sebagai Mursyidul Am dan Presiden PAS. Benarkah mereka pengampu dan pencacai DAP?
Kalau benarlah tuduhan pencacai Umno ini maka sahlah Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang pengampu dan pak turut DAP sebab mereka dipilih dan dikekalkan sebagai Mursyidul Am dan Presiden PAS. Benarkah mereka pengampu dan pencacai DAP?
Setahu saya pemimpin PAS adalah pemimpin yang matang dan tegas berpandukan Islam. PAS berkawan dan bermusuh bukan atas dasar suka-suka tetapi semuanya dikaji dan dianalisis oleh AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang mengkaji secara halus samada ianya bertepatan atau tidak dengan Islam. Setelah itu barulah sesuatu langkah, prinsip, program atau perlembagaan itu diluluskan oleh Majlis Syura Ulama'. Hatta dalam pemilihan calon pilihanraya pun Majlis Syura Ulama' menjadi badan yang berkuasa untuk menolak dan menerima calon yang dikemukakan.
Tidak pernah pun PAS melutut samada kepada DAP atau PKR. Sebagai contoh semasa pembentukan kerajaan Perak dan Selangor, PAS tidak pernah melutut dan meminta untuk menjadi Menteri Besar dan Exco. PAS dipelawa dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama atas dasar kebajikan, keadilan dan ketelusan tetapi bukan atas dasar rasuah, penyelewengan, kezaliman, kronisme dan sebagainya.
Umnolah yang sebenarnya mengampu dan melutut kepada PAS untuk membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak sebaik sahaja keputusan PRU 12 diketahui. Umno sudah beribu kali melutut mengajak PAS bergabung dengan mereka. Malah sejak akhir-akhir ini Umno pula melutut kepada DAP mengajak DAP bergabung di dalam BN. Memang muka tak malu, muka tembok.
Comments