Tinggal Tok Guru seorang sahaja Ahli PAS di Kelantan

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Awang Adek Hussin mendakwa kira-kira 10,000 anggota Pas, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai UMNO selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, mereka berbuat demikian setelah kecewa dengan kegagalan Pas membangunkan Kelantan.

Kenyataan 'Menteri Besar Kempunan' ini disiarkan oleh Utusan Meloya hari ini.

Nampaknya ahli PAS di Kelantan tinggal Tok Guru Nik Abdul Aziz seorang sahaja jika benar dakwaan Awang Adik ini.

Dakwaan beliau jelas suatu pembohongan besar yang cukup menggelikan hati sesiapa sahaja yang membacanya.

"Kalau hendak berbohong pun biarlah logik dan munasabah" kata seorang seorang Perwakilan PAS pada muktamar PAS yang sedang berlangsung. 


Comments