Tiada sebab untuk PAS gugur perkataan Islam

Ada usaha-usaha terbaru musuh-musuh politik PAS untuk menggugurkan Islam dari nama PAS. Usaha ini bukannya dilakukan oleh DAP, MCA, MIC ataupun Gerakan tetapi pemimpin dan juak-juak Umno yang beriya-iya mahu melihat nama Islam dalam PAS dibuang.

Mereka ini telah berusaha untuk membuang nama Islam dari PAS beberapa tahun lalu, tetapi gagal. Kini mereka cuba sekali lagi. Takut benar mereka kepada perkataan Islam. Benci sungguh mereka kepada perkataan Islam yang dipakai oleh PAS sejak ia ditubuhkan. Mengapa mereka begitu alergik dengan perkataan Islam.? Patutlah mereka tidak mahu kembali kepada Islam dari segi undang-undang, ekonomi dan sebagainya sebab mereka memang benci kepada perkataan Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS, Dato Harun Taib berkata tiada sebab untuk Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu yang digunakan sejak sekian lama hanya kerana Pas mengubah dasar perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Beliau berkata, berpandukan al-Quran dan sunnah, perkataan kebajikan turut memberi makna kepada perkara kebaikan seperti dituntut agama Islam.

"Jadi, kenapa kita (Pas) kena ubah dan gugur perkataan Islam. Tiada sebab kita nak buat begitu," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan pelbagai pihak yang mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang lain.

Menurut Harun, Pas akan terus mengekalkan perkataan Islam dalam meneruskan matlamat serta dasar perjuangan parti itu sampai bila-bila.

"Sejak Pas ditubuhkan sehingga sekarang, kita telah guna perkataan Islam dan kita akan terus menggunakannya sampai bila-bila," katanya yang saya petik dari laporan sebuah akhbar arus perdana.

Comments