Tema Ucapan dasar Membangun Negara Berkebajikan menggerunkan BN

Tema Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang iaitu 'Membangung Negara Berkebajikan' benar-benar menggerunkan BN. Tuan Guru dengan jelas menggariskan corak negara yang akan dibangunkan oleh PAS dan PR iaitu negara yang penuh dengan kebajikan bukan negara yang menekan rakyat seperti sekarang.

Bukti betapa takutnya BN kepada tema tersebut jelas terbukti apabila TV pengampu BN iaitu TV1, TV 3 dan sekutu-sekutunya tidak langsung memfokus laporan mereka kepada tema tersebut sebaliknya memainkan lagu lama iaitu kepimpinan ulama mungkin terhakis dengan keputusan pemilihan PAS pada kali ini.

Pada hal berita paling besar yang sepatutnya di'highlight' ialah tentang komitmen PAS untuk mengutamakan rakyat melalui pembentukan negara berkebajikan dan adil seperti saranan Islam itu sendiri. Presiden PAS juga sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan tetap setia malah akan mengukuhkan lagi komitmennya kepada PR.

Ucapan dasar Tuan Guru pagi tadi di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad dilihat amat relevan dan boleh dijadikan panduan untuk menghadapi pilihanraya dan seterusnya  membentuk sebuah negara. Ianya dilihat sebagai sebahagian dari manisfesto PRU PAS dan PR.

Comments