Taubatlah, jangan kongsi dosa orang lain.

Saya mengharapkan kawan-kawan tidak menghantar video porno kepada Facebook saya. Sesiapa berbuat demikian yakni menyebarkan perkara haram di sisi agama tunggulah balasan dari Allah S.W.T. 

Hormatilah orang lain kalau tak mahu hormat diri sendiri. 

Ada yang kurang ajar menghantar klip video itu kepada Facebook saya 2 hari lepas.Apa yang lebih menyedihkan orang yang berbuat demikian ialah orang yang saya kenal sejak dari kecil lagi. Marilah sama-sama kita bertaubat. Hilang rasa hormat saya kepada orang seperti itu. Tergamak menjadi penerus fitnah yang belum tentu kebenarannya. Sanggup tumpang sekaki berkongsi dosa memfitnah orang lain yang belum dibuktikan bersalah di sisi Islam.

Comments