Tahniah kepada GERAM yang jalankan kempen bantah kenaikan tarif akir

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) yang menjalankan kempen membantah kenaikan tarif air di Melaka.

Blog Suara Melaka melaporkan bahawa Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) bersama Pemuda Pakatan Rakyat(PR) meneruskan kempen jelajah ke seluruh negeri Melaka bagi mendapatkan tandatangan rakyat negeri Melaka sebagai tanda membantah kenaikan tarif air yang dikenakan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Jelajah kali kedua di Pasar Besar Jasin semalam mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat yang rata-rata tidak berpuas-hati dengan kenaikan bil air mereka yang naik mendadak.

Seorang peniaga kedai runcit, Lim Pin Seng 65 yang di temui di pasar besar tersebut mengeluh dengan kenaikan tersebut.

“Setiap hari harga barang naik, dulu minyak naik, kemudian air naik dan sekarang elektrik pula naik, ini sangat membebankan saya sebagai peniaga yang sudah lama berniaga di sini” katanya yang sudah 10 tahun berniaga di situ.

Ada pengunjung yang di temui tidak sedar akan kenaikan bil air sejak 1 April lalu memandangkan notis rasmi tidak di keluarkan oleh SAMB.

“Saya langsung tak tahu dan tak di maklumkan tentang kenaikan air, sedar-sedar terpaksa membayar lebih walaupun penggunaan hampir sama setiap bulan” ujar Yusof Ahmad dari Jasin.

Seorang petugas GERAM, Jauhar Md Dawi berkata, program jelajah ini akan diteruskan ke seluruh negeri Melaka dari masa ke semasa.

"Kita sudah memulakan jelajah ini Pasar Besar Melaka Sentral, hari ini di Jasin dan selepas ini di kawasan-kawasan lain"

"Sambutan rakyat terhadap kempen ini amat hebat dan ada antara mereka bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih 
kepada kami" ujar Jauhar yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Kadar lama tariff air adalah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 1-15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 – 40 meter padu berikutnya dan RM1.33 sen untuk setiap meter padu berikutnya.

Manakala kadar baru pula ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 – 30 meter padu berikutnya, 0.95 sen bagi setiap meter padu untuk 30.1 – 35 meter padu berikutnya dan RM1.45 
 sen bagi setiap meter padu berikutnya. Kenaikan sebanyak 20% berbanding sebelumnya.

Program jelajah GERAM semalam turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan pimpinan Pemuda DAP (DAPSY), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Dewan Pemuda PAS pelbagai peringkat.

Comments