Tahniah buat AKP

Saya mengucap tahniah kepada AKP pimpinan Recep Tayyib Erdogan yang memenangi Pilihanraya Turki semalam.

Sesungguhnya kemenangan Erdogan amat besar ertinya kepada perjuangan Islam dan keadilan di seluruh dunia. Rakyat Turki telah membuat keputusan tepat berdasarkan fakta dan 'performance' kerajaan pimpinan Erdogan.


Diharapkan rakyat Malaysia akan menuruti jejak langkah rakyat Turki pada Pilihanraua Umum ke 13 nanti dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru yang bercita-cita ingin menubuhkan sebuah kerajaan berkebajikan yang sentiasa telus, adil dan berkebajikan.



Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini.

AKP menang dengan undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.Bagaimanapun AKP gagal mencapai sasarannya untuk memenangi dua pertiga kerusi apabila hanya memenangi 325 kerusi iaitu kurang dua belas kerusi lagi dari jumlah sasaran dua pertiganya.Rakyat Turki, khasnya penyokong AKP dari pelbagai lapisan umur bagaikan berpesta di perkarangan pejabatnya di Istanbul dan juga di Ankara.

Comments