Pengarah, Pengedar dan Penayang Video Seks yang memfitnah Anwar sehingga sekarang masih belum didakwa di mana-mana mahkamah walaupun kesalahan yang dilakukan jelas bersalahan dengan undang-undang negara.
Jelas sekali orang terbabit mempunyai imuniti atau kekebalan kerana tidak langsung di'cuit' atau di'jentik' telinga oleh Polis. Inilah situasi yang ada di negara kita. Mana-mana individu yang bersekongkol dan sanggup menjadi pencacai Umno/BN sudah tentu selamat dan tidak akan didakwa walau sebesar mana kesalahan yang dilakukan.
Begitu lambat dan lemah pasukan penyiasat sehingga perkara yang jelas berlaku di depan mata sebegini pun tidak berjaya dibuktikan. Apakah bukti tidak diperolehi atau ada tangan-tangan ghaib yang menyelamatkan orang terbabit.
Sudah beberapa bulan kes ini berlaku tetapi masih tiada perkembangan berlaku .........................tetapi kalau ianya melibatkan pemimpin PR sebelum subuh lagi Polis, SPRM dan sebagainya bertindak....

Comments