Bingung dan terpedaya, itulah yang boleh kita ungkapkan kepada kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.
Kehadiran mereka bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.
Kehadiran mereka bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.
Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Macamana mereka boleh menyokong orang yang melakukan dosa dengan menayangkan video lucah kepada orang ramai, sedangkan perkara itu bertentangan dengan agama dan undang-undang negara. Lebih dahsyat lagi mereka juga menyokong Trio itu yang memfitnah orang lain yang mana dosa fitnah amat besar di sisi Allah.
Inilah akibatnya apabila mereka tidak mengambil agama sebagai panduan hidup. Mereka boleh dicucuk hidung ke sana ke mari walaupun disuruh melakukan dosa.
Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang dicucuk hidung ini.
Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang dicucuk hidung ini.
Comments