Siapa yang politikkan masjid kalau bukan Umno

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam berkata pentadbiran masjid tidak wajar dipolitikkan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang hendak mengujudkan pilihanraya bagi memilih Jawatankuasa Masjid.

Kenyataan beliau disiarkan oleh Sinar Harian semalam.

Tergelak dan geli hati saya bila membaca komen Ali Rustam. Ini kerana beliaulah bapak yang mempolitikkan masjid. Buktinya semua masjid dan surau di Melaka ini dikuasai oleh orang Umno melalui perlantikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Imam, Khatib, Noja, Pengerusi dan semua AJK Masjid akan dipastikan orang Umno, jika ada yang bukan Umno akan dipecat atau dilucutkan jawatannya. Anak qariah tidak mempunyai kuasa untuk melantik AJK Masjid semuanya dilantik dengan perakuan Umno dan Ketua Menteri sendiri. Ada antara pengerusi dan AJK yang tidak layak tetapi dilantik semata-mata kerana orang Umno.

Akhirnya penduduk berpecah semata-mata disebabkan Umno bermain politik di masjid. 2 contoh paling ketara berlakunya perpecahan akibat politik Umno ialah di Kariah Bukit Pegoh sehingga berlaku pergaduhan di dalam masjid. Pengajian agama di halang oleh Pengerusi dan AJK yang semuanya Umno.

Surau An-Najihin, Taman Merdeka Jaya juga mengalami krisis akibat politik Umno. Kemuncak krisisnya ialah perletakan jawatan kesemua 3 orang Imam surau tersebut beserta dengan beberapa orang AJK. Semuanya gara-gara tamak kuasa dan campurtangan politik Umno.

Jadi siapa sebenarnya yang berpolitik di Masjid.................????????????????

Comments