Sejarah tercipta, KJ berucap dalam Muktamar Pemuda PAS

Khairie Jamaluddin diberi penghormatan berucap dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS petang ini. Beliau secara terus terang memuji dan bersetuju dengan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Ramai perwakilan terpinga-pinga apabila KJ diberi peluang bercakap.

Dalam ucapannya, KJ masih mampu menarik minat perwakilan dan pemerhati serta pimpinan meskipun ketika itu sangat enak dibuai pendingin hawa.

Beliau membangkitkan isu ramai dalam kalangan pimpinan parti yang banyak memberikan alasan tidak mempunyai pengalaman bila dilantik.

Akibat negatif dari sikap tidak mahu melaksanakan amanah kepimpinan menyebabkan seorang terpaksa memegang dua tiga jawatan.

Dalam hal ini, KJ membawa contoh menarik dan ramai yang bersetuju dengannya sehingga mampu hilangkan rasa mengantuk di petang hari.

Tetapi KJ yang dimaksudkan bukan KJ Ketua Pemuda Umno tetapi KJ (Khairie Jamaluddin) Naib Ketua Pemuda PAS Perak.

Sumber : Harakahdaily

Comments