Ramainya yang murtad....apa kerajaan buat?

azlanMahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Ramainya yang murtad. Sungguh menakutkan, namun kerajaan sebagai pihak yang berkuasa dilihat tidak serius menangani masalah ini. Mereka serius menghalang ceramah PR dan demo Bersih dari menghalang umat Islam murtad.

Undang-undang berkenaan murtad yang diwajibkan oleh Islam juga tidak dijalankan oleh kerajaan Malaysia yang mengaku sebuah negara Islam.

Comments

Anonymous said…
Ada orang cakap murtad tu hak individu... Anda ingat siapakah dia???