Pusat tetap tak setuju Sekolah Harapan

Timbalan MenteriKementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan pusat tidak bersetuju dengan penubuhan Sekolah Harapan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Melaka yang diilhamkan oleh Ali Rustam.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan berkaitan kementeriannya yang diajukan oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Idris Haron pada sessi soal jawab di Parlimen hari ini.

Antara alasannya ialah kerajaan pusat mempunyai mekanisme dan institusi yang telah ditubuhkan sejak sekian lama.

Comments