Pra-Muktamar : Dulu Erdogan, Kumpulan Professional, Ulama kini Geng Terengganu

Kaki adu domba dan pencacai musuh akan tetap mencari kesempatan untuk memecah belahkan keutuhan di dalam PAS. Setiap kali pemilihan bermacam-macam label mereka ujudkan. Kalau dulu memecahkan kelompok-kelompok dalam PAS kepada Kumpulan Erdogan, Professional, Ulama dan sebagainya kini ujud kumpulan baru yang mereka labelkan sebagai Geng Terengganu. Hebat sungguh kumpulan pencacai ini mengambil kesempatan. Namun kita yakin bahawa niat dan perancangan jahat mereka tidak akan tercapai kerana pimpinan dan ahli PAS tetap utuh dari dari wehdatul fikr dan amal.
Walaupun memang ada perbezaan idea, personaliti, latarbelakang dan kecenderungan namun ianya dapat disatukan dengan semangat perjuangan Islam dan dipandu oleh kepimpinan Ulama'. Perkara inilah yang menjadi kunci keutuhan perjuangan PAS yang dapat dipertahankan sejak penubuhan PAS.

Parti-parti lain yang berjuang berlandaskan nafsu dan akal manusia berkubur satu persatu termasuklah Umno yang menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1988. Umno yang ada sekarang adalah Umno palsu iaitu Umno Baru yang ditubuhkan oleh Mahathir selepas Umno sebenar berkubut tanpa nesan diharamkan oleh mahkamah.

Kita yakin PAS akan tetap utuh selagi kepimpinan Ulama dan dasar perjuangan Islam dipertahankan. Masuklah penyamun, perompak, orang buta huruf, orang bukan Islam (DHPP) sekalipun ke dalam PAS, Insya Allah PAS akan mampu bertahankan dan mendapat pertolongan Allah selagi dasar Al Quran dan Hadis tetap utuh dalam PAS.

Comments

hussin said…
dasar al-quran dan hadis tetap utuh dalam pas.

pemusatan kuasa kepada satu kumpulan yang hanya menganggap mereka sahaja yang mampu menjaga al-quran dan hadis sedangkan selain mereka tidak layak, adalah satu pegangan yang menyimpang dari perjuangan rasulullah saw dan para sahabat.

geng terengganu bukan sesuatu yang baru tetapi telah disentuh apabila bertumpu mereka di jalan raja laut di bawah pakar strategi mustafa ali. ulamakah mustafa ali? bersama mereka dibawa mereka2 yang bukan dari terengganu tetapi dari kalangan yang boleh dengan mudah "digunakan" bagi memesongkan dan mengendurkan cengkaman geng terengganu. perjalan serta tindakan parti selepas pru12 adalah mengikut acuan pencengkam kuasa. ia menjadi lebih ketara selepas muktamar 2009. mereka yang tidak sehaluan dengan agenda dan cita rasa mereka dilihat sebagai pengkhianat/anai2 dalam pas yang perlu dibersihkan semaksima mungkin. kesan dari percaturan politik mereka terasa sehingga sekarang. layakkah tindakan mereka dari kalangan penjaga al-quran dan hadis?

jika nasharudin itu dari kalangan mereka, kenapa ditekan supaya tuan ibrahim menerima pencalonan timbalan presiden? ketidakyakinan mereka terhadap nasharudin memaksa mereka menonjolkan calon baru mereka dalam bentuk tuan ibrahim. di mana sikap ulama yang dibanggakan, jika sesama mereka pun tidak boleh memenangkan nasharudin? inilah strategi untuk terus mencengkam pas agar dengan kemenangan calon tajaan mereka dapat diteruskan sekaligus membolehkan agenda melayu-islam dapat terlaksana.

tuan ibrahim telah pun membuktikan bahawa beliau boleh "diguna" atas sikapnya yang mampu mengikuti arus. persepsi sebegini hanya mampu dihapuskan apabila tuan ibrahim diberi amanah ke jawatan timbalan, beliau menjadi pemimpin yang berguna dan bukan pemimpin yang mudah diguna.

wallahu'alam.