Polis beli anjing RM30,000, rakyat makin sengsara

Pendedahan Adun Ayer Keroh pada ceramah beliau di Bukit Beruang malam tadi :-

1) Adun Ayer Keroh berkata Polis telah membeli anjing berharga RM30,000 di saat rakyat makin sengsara dengan  kenaikan harga barang.

2) Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memang untung tetapi Ali Rustam mengarahkan SAMB membeli bangunan Digital Mall yang tidak laku dengan harga RM50 juta. Akhirnya bagi menampung kos ini SAMB menaikkan tarif air, rakyat terbeban.

3) Kementerian Pelancongan membazirkan duit rakyat dengan membayar RM1.8 juta untuk membina Facebook Cuti-cuti 1Malaysia.

4) Program 1 juta belia anjuran kerajaan pusat bazirkan RM27 juta duit rakyat. Apatah lagi ianya tiada sambutan

5) Restoran berhampiran Zoo Melaka yang dibina pada 2007 menelan belanja RM2 juta. Sepatutnya kos tidak sebanyak itu. Malah restoran itu tidak maju.

6) Setakat ini BN mendaftarkan kira-kira 3,500 pengundi sebulan di Parlimen Bukit Katil suatu perkara yang membimbangkan. Dari mana datangnya pengundi seramai ini.

Comments