Pilihanraya tidak berlaku Julai ini

Pilihanraya tidak akan berlangsung Julai ini sebaliknya paling awal akan diadakan pada November depan.

Sebabnya :-

1) BN ingin mengumpul dana pilihanraya dengan menaikkan harga gula, minyak dan tarik elektrik.

2) BN ingin mengambil masa yang lebih panjang untuk memujuk, mengeliru dan memperdayakan rakyat supaya setuju dengan kenaikan tersebut.

3) Menggunakan Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober sebagai strategi kempen dengan beberapa insentif dan gula-gula untuk rakyat.

4) Rakyat berketurunan Cina hampir 80 % tidak menyokong BN. Jadi BN sekarang takut kehilangan lebih banyak kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran.

5) BN masih tidak puashati dengan tahap sokongan orang Melayu terhadap BN. Mereka memerlukan lebih masa untuk meracuni pemikiran orang Melayu

6) Manipulasi dan konspirasi terhadap daftar pemilih masih belum memuaskan hati pemimpin BN. Lebih banyak penipuan dan manipulasi akan mereka buat bagi memastikan BN menang besar.

7) Kewangan dan dana BN belum cukup untuk membiayai kempen BN yang penuh dengan rasuah, sogokan, penyelewengan , pembelian undi dan sebagainya.

Dan lain-lain

Comments