'Pilihanraya Masjid' :Umno sudah lama berpolitik di Masjid

Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses ‘pilihan raya’.

Utusan Meloya sepantas kilat menuduh proses pemilihan sedemikian akan  menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian seperti yang disiarkan oleh akhbar pencacai Umno itu hari ini.

Menurut ahbar pencacai itu jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Ketetapan baru itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dihadiri Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim baru-baru ini.

Namun semua orang sedar bahawa di negeri-negeri yang dikuasai BN, masjid dan surau sudah lama dicengkam oleh pengaruh politik. Lebih teruk lagi semua Jawatankuasa Masjid termasuk Pegawai Masjid dilantik dikalangan ahli atau penyokong Umno. JIka didapati Pegawai Masjid dan AJK Masjid cenderung kepada parti lawan Umno, mereka sudah tentu akan dipecat. 

Pemilihan AJK Masjid pula tidak dibuat dalam mesyuarat agung tetapi sebaliknya diisytiharkan oleh Pejabat Agama. Anak Kariah tidak diberikan mandat untuk memilih AJK Masjid. Siapa yang berpolitik di Masjid sebenarnya? 

Banyak kes di negeri-negeri BN, Ketua Umno Cawangan atau Pengerusi JKKK menjadi Pengerusi Masjid walaupun tidak layak kerana masalah tertentu. Malah ada di kalangan Pegawai Masjid yang tidak layak dan sudah berumur pun tetap dilantik menjadi pegawai masjid dan AJK masjid hanya semata-mata mereka orang kuat Umno bukannya berdasarkan ilmu, akhlaq, keperibadian dan komitment kepada Islam.

Jelas sekali akhbar pencacai ini Umno dan pemimpin Umno bimbang penguasaan Umno di masjid-masjid akan berakhir kerana mereka tahu anak-anak kariah kenal siapa yang layak menjadi AJK Masjid. Sudah tentu mereka yang laya sahaja akan dipilih oleh anak kariah bukannya berdasarkan fahaman politik kepartian. Ini yang membimbangkan Umno dan pencacainya.

Comments