Perwakilan PAS Kawasan Bukit Katil pada Muktamar ke 57

Perwakilan PAS Kawasan Bukit Katil pada Muktamar PAS kali ke 57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) terdiri Sofi Wahab, Haji Mohd Ali Sharif, Haji Ramli Dalip, Haji Ab Rahhim Idris, Cikgu Yusof Wahab.


Wakil PAS Kawasan Bukit Katil juga cuba diprovok oleh TV9 tentang isu penghakisan kepimpinan Ulama' dalam PAS. Ternyata media arus perdana berterusan mahu melaga-lagakan ahli PAS tentang kepimpinan ulama dan professional. 

Wakil Kawasan Bukit Katil menyangkal dakwaan tersebut sambil menegaskan bahawa PAS tetap diterajui ulama kerana kita mempunyai badan tertinggi iaitu Majlis Syura Ulama yang memandu PAS.

Comments