Pengerusi Harakah wajar ditukar

Saya mencadangkan Pengerusi Harakah akhbar rasmi PAS ditukar baru bagi memberi suntikan baru kepada media yang amat disayangi itu. Sudah 25 tahun Pengerusi sekarang, Cikgu Mustafa Ali menerajuinya. Kini tiba masanya untuk beliau melepaskannya kepada orang lain.

Dijangkakan Cikgu Mustafa akan dilantik semula menjadi Setiausaha Agung PAS sessi 2011/2013, jadi adalah lebih baik beliau menumpukan tugasnya sebagai Setiausaha yang sudah tentu kerja beliau lebih banyak sebagai persediaan untuk menerajui Putra Jaya.

Sudah menjadi perkara biasa sesebuah organisasi itu melantik orang baru sebagai penerajunya lebih-lebih Cikgu Pa sudah terlalu lama memegang amanah ini. 

Saya bukannya menafikan sumbangan besar dan hebat Cikgu Pa selama 25 tahun tetapi ianya sedikit banyak mungkin dapat menyuntik idea dan perancangan baru kepada Harakah dalam era peperangan media dan cyber ini.


Ramai calon-calon yang boleh diketengahkan antaranya Dato Husam Musa, Dato Seri Muhammad Nizar dan  lain-lain. Jawatan Pengarah Urusan juga mungkin boleh ditukarkan. 


Terpulanglah kepada pucuk pimpinan PAS untuk membuat keputusan. Saya hanya melontarkan idea sahabat-sahabat sahaja.

Comments