Pemuda PAS cabar Perkasa Melaka


Melaka : Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka mencabar Perkasa Negeri Melaka agar menegur Presiden mereka, Dato' Ibrahim Ali agar tidak meneruskan hasrat untuk turun pada 9 Julai nanti.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Aizat Baharuddin berkata kenyataan Ketua Penerangan Perkasa Negeri Melaka, Abdul Mujid Jafaar yang mengatakan perhimpunan BERSIH 2.0 itu bertujuan untuk menghasut rakyat menentang kerajaan dan mengalakkan rusuhan seperti yang berlaku di Mesir dan beberapa negara Arab lain adalah umpama 'cakap tak serupa bikin'.

"Perkasa Negeri Melaka seharusnya menegur Presiden utama mereka agar tidak turut serta turun berhimpun 9 Julai nanti."

"Perkasa Negeri Melaka hanya mahu menjadi hero' dengan mengeluarkan kenyataan sebegini. Mereka tidak sedar bahawa, Presiden mereka sendiri beriya-iya untuk turun walaupun tindakan tersebut di bimbangi akan mencetuskan pertembungan dan situasi yang tidak aman."

Perkasa Negeri Melaka dalam Akhbar Melaka Hari Ini, edisi 21 Jun 2011 juga menggesa agar tindakan undang-undang seperti menggunakan akta Hasutan dan akta polis bagi membuat pencegahan awal.

Sebelum ini, Dato' Ibrahim Ali berkeras akan turun ke jalanan bagi menentang himpunan Bersih 2.0 nanti walaupun di minta oleh pihak Bersih agar membuat himpunan itu pada hari lain.

"Persoalannya beranikah Perkasa Negeri Melaka tidak menghantar penyokong apabila Presiden Perkasa sendiri mengeluarkan arahan untuk turun 9 Julai nanti? Mereka perlu memilih samada ingkar pada arahan Presiden mereka atau hanya cakap tak serupa bikin." 

"Kalau Perkasa Melaka hantar peserta maknanya mereka sendiri yang cuba mencetuskan situasi yang tidak aman bukan BERSIH 2.0" ujar Aizat yang terkenal dengan blognya aizatlegendz.

Menurut Aizat, Dewan Pemuda Negeri Melaka akan menghantar seramai mungkin penyokong ke Kuala Lumpur 9 Julai nanti sebagai sokongan kepada BERSIH 2.0. Minggu lalu Pemuda Pakatan Rakyat negeri Melaka telah melancarkan program memobilasikan pemuda di negeri Melaka supaya turun seramai mungkin pada himpunan aman tersebut.

Comments