Pemuda kutuk Utusan biadap hina hukum Allah


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengutuk Utusan Malaysia kerana dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam. 

Ruangan kartun yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini jelas cuba mempermain-main kan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Aizat Baharuddin berkata tindakan akhbar tersebut jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam di tuduh melakukan zina orang yang menuduh perlu di bawakan 4 orang saksi yang tidak fasiq"

"Namun, dialog kartun yang cuba di gambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam. Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa 4 orang saksi itu tidak boleh di guna pakai tetapi video dan gambar boleh di jadikan sebagai bukti. Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis."

"Ianya di percayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama akhbar itu" jelas Aizat.

Aizat berkata tidak hairanlah apabila khutbah Jumaat di Selangor bercerita tentang Qazaf dan fitnah,pemuda UMNO pula buat laporan, kononnya di agama politikkan. Mereka sebenarnya mahu membiarkan orang menjadi jahil dan buta agama seperti mereka."

"Ini lah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di 'UMNO' kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan UMNO akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri di persenda. Mereka yang bekerja untuk akhbar ini fikir-fikirkanlah tentang rezeki yang akan di beri pada anak isteri." tambah Aizat

Sehubungan itu, Aizat menegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan terhadap agama oleh akhbar Utusan Malaysia. Justeru, Utusan Malaysia perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama ini hanya akan merugikan umat Islam. 

"Cukuplah Islam di hina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan di sebabkan kejahilan sendiri." kata Aizat dalam kenyataan yang dibuat di sini hari ini.

Comments

Abd Halim Said said…
buatlah report polis ramai ramai segera
Abd Halim Said said…
arahkan semua kawasan dan sahabat PR buat report polis dgn segera , jgn biarkan bersih 2.0 sahaja yg dapat report