Pemimpin PR akan dibeli

Umno/ BN akan meneruskan taktik kotor 'membeli' pemimpin-pemimpin PR menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Hal ini dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam ucapannya menutup program Konvensyen Pilihanraya Keadilan di Shah Alam semalam.
Pemimpin yang dibeli ini akan di'recycled'kan untuk mengecam dan memfitnah dasar-dasar PR dan pemimpin-pemimpin PR bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti pemimpin dan PR sendiri.
Menurut Anwar menjelang pilihan raya harga naik pemimpin-pemimpin PR di pelbagai peringkat ini akan naik melambung.
"Mereka akan cari, tak dapat pemimpin kanan, pemimpin negeri. Tak dapat negeri, pemimpin cabang. Tak dapat cabang, pemimpin ranting. Tak dapat ranting, pemimpin tewas termasuk yang gagal menjadi calon", katanya melontar jangkaan. 
Untuk itu semua pemimpin pelbagai peringkat tidak kira yang besar atau kecik yang hebat atau tidak hebat mesti bersedia untuk berhadapan dengan cubaan dan ujian yang hebat ini. Jangan kita tewas dan tumpas di tangan 'malaun-malaun' ini yang tidak tahu halal haram dosa pahala. Jangan kita menjadi duri dalam daging, musuh kepada perjuangan Islam nanti kita dilaknat oleh Allah S.W.T.

Comments