PAS sokong dasar perjuangan bukan individu

Kesanggupan Pas bekerjasama dengan individu yang dikecam kerana menyokong penubuhan Majlis Antara Agama (IFC) serta menganjurkan 'Forum Memeluk Islam' membuktikan betapa parti itu tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam.
Merujuk kerjasama Pas dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia jelas menunjukkan tindakan Pas kini hanya didorong keinginan mendapatkan kuasa.

Ingin saya tegaskan di sini PAS tidak menyokong dan membantah terhadap sesuatu perkara bukan kerana individu dan personaliti tertentu tetapi PAS berbuat demikian kerana dasar perjuangan yang dibawa seseorang.

Sebab itulah jika sesuatu perkara itu salah dan bertentangan dengan agama PAS akan tentang tidak kira ia Ambiga atau Anwar Ibrahim. Yang salah tetap salah yang betul tetap betul. Semasa Ambiga menyokong IFC PAS menentangnya tetapi bila Ambiga menyokong BERSIH PAS bersama beliau pula.

Ini menunjukkan PAS terbuka samada menyokong atau membantah sesuatu perkara. Ianya bukan dibuat secara semberono tetapi dilihat dan dikaji secara mendalam sebelum sesuatu keputusan di buat. 


Dalam hal BERSIH 2.0 ini adakah kita sanggup sistem Pilihanraya kita kotor, tidak telus dan terdedah kepada penipuan dan penyelewengan. Sudah tentu jika seseorang itu waras mereka akan menyokong tuntutan BERSIH 2.0. Namun oleh kerana hati sudah tertutup kepada kebenaran dan ketelusan mereka menentangnya tanpa usul periksa dan kajian mendalam.

Sama juga sebagaimana yang berlaku dalam politik Malaysia, PAS sentiasa menentang keburukan dan kedurjanaan Umno tetapi dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan rakyat, kedaulatan Palestin dan sebagainya PAS sedia bekerjasama dan menyokong pendirian dan tindakan Umno/BN. 

Tidak perlulah pemimpin Umno hendak mengajar PAS dalam hal ini kerana Umno sendiri sebenarnya tidak menentang IFC pada ketika itu. Umno hanya berdiam diri takut kepada MCA dan MIC. Malah pemimpin-pemimpin Umno sendiri ada yang menandatangani surat sokongan kepada IFC. Menteri-menteri kabinet yang bukan beragama Islam juga pernah membuat tuntutan kepada kerajaan BN tentang isu berkaitan.

Comments