PAS tidak akan bersatu dengan Umno

Pas tidak akan menyambut cadangan kerjasama yang dihulurkan oleh UMNO pada masa ini walaupun atas nama penyatuan Melayu kerana telah serik dengan sejarah silam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, UMNO hanya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Pas apabila mereka berasa tersepit seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu Pas ditendang keluar oleh UMNO apabila parti itu kembali kuat dan pulih.

"Sekarang apabila UMNO kembali lemah, mungkin akan kehilangan Putrajaya, sekali lagi dia menghulurkan tangan, marilah kita bersatu," katanya ketika berceramah sempena pelancaran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.

Oleh kerana tiada isu lagi untuk menarik simpati dari rakyat Umno menggunakan isu perpaduan dengan PAS bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mahu kepada perpaduan tetapi PAS tidak mahu. Namun pada masa yang sama Umno terus menghina dan meminggirkan PAS dan orang Melayu. Royalti minyak Kelantan tidak diberi; JKKK BN/Umno ditubuhkan di negeri PR; diskriminasi terus dikenakan kepada negeri PR dan banyak lagi ...kalau mereka ikhlas ingin bersatu takkan mereka terus menerus menekan dan mendera PAS dan orang Melayu ..........

Apa guna bersatu dengan Umno sedangkan mereka terus menerus meminggirkan Islam; mengamalkan rasuah; menzalimi rakyat dengan menari subsidi; menekan rakyat dengan undang-undang zalim seperti ISA, AUKU dan lain-lain .............banyak lagi ...

Comments