PAS tetap setia malah akan ukuhkan PR

Presiden PAS menegaskan PAS akan tetap meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam titik persamaan merealisasikan Negara Berkebajikan biarpun berbeza agama dan berbeza pendekatan.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kesepakatan yang dicapai dalam membentuk Negara Berkebajikan adalah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, dalam masa yang sama juga, hak bumiputera tidak dipinggirkan.
"Layanan yang adil tetap akan diberikan kepada kaumlain yang juga miskin," jelasnya dalam sidang media pagi tadi.
Katnya, Pakatan Rakyat juga bersepakat Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menerima sepenuhnya sistem Raja Berpelembagaan seperti sedia ada kini tanpa timbul apa-apa isu jika ada pihak mahu merubahnya.
“Apa yang penting adalah pelaksanaan Negara Berkebajikan oleh PAS. Jika letak jenama saja tanpa pelaksanaan, maka tiada faedah,
"Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan. Dalam Al-Quran tidak menyebut negara Islam, tetapi disebut Negara Berkebajikan yang diiktiraf dalam Islam."
Oleh itu beliau memberitahu PAS lebih mementingkan perlaksanaan dahulu kemudian baru Negara Berkebajikan menjadi nama.
Menurut Abdul Hadi, PAS bertegas tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam soal politik yang ditawarkan walaupun beberapa kali ditawarkan oleh UMNO kecuali dalam beberapa isu seperti isu Palestin serta menentang kekejaman Israel.
PAS bekerjasama dengan Umno dalam menghantar misi bantuan Palestin melalui kapal Marvi Marmara, menangani isu nuklear serta isu ekonomi dalam negara.
"Perpecahan tidak menjadi isu dalam PAS kerana kumpulan ulama dan bukan ulama telah ada sejak PAS ditubuhkan sejak dahulu lagi. Kumpulan-kumpulan ini bukan bermaksud perpecahan telah berlaku tetapi sebenarnya pimpinan secara kolektif," tegasnya menjawab soalan media berikutan isu perpecahan dalam PAS.
Portal Muktamar PAS

Comments