PAS bersama dengan rakyat yang teraniaya

Tidak puas hati dengan hasil pencarian mereka, para nelayan dari 3 buah kampong iaitu Kg. Lereh, Kg. Hailam dan Kg Balik Bukit telah ber’piket’ untuk meluahkan rasa hati mereka. Hasil pencarian mereka terjejas akibat projek pemasangan paip bawah laut oleh pihak Petronas Penapisan Melaka di sepanjang pantai berdekatan.

‘Piket’ yang bermula jam 4.30 petang Rabu dijalankan di Pengkalan Kg Hailam semalam. Ianya turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat tempatan dan dikawal rapi oleh pihak keselamatan. Antara isu yang dibincangkan ialah pampasan akibat kehilangan hasil pencarian yang hanya diberikan kepada para nelayan di sekitar Pantai Puteri dan Tanjung Bidara.  Yang DiPertua PAS Kawasan Tangga Batu Ustaz Mohd Noor Omar bersama-sama bertemu dan berbincang dengan nelayan terbabit.

Di samping dapat bermesra dengan para nelayan di situ,Ustaz Mohd Noor  menyatakan simpatinya terhadap permasalahan yang dirasai oleh mereka. Beliau berjanji untuk terus mengikuti perkembangan dan bersama dengan para nelayan memperjuangkan nasib mereka

Comments