Pakai baju BERSIH tak boleh masuk masjid

Semua tak boleh. Pakai baju BERSIH di khalayak ramai tak boleh, masuk masjid tak boleh semua tak boleh .....pakai pakaian menjolok mata, tak tutup aurat, dedah sana dedah sini tidak jadi masalah ....inilah ajaran sesat yang sedang diamalkan oleh puak-puak yang tamak kuasa.  

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa  Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. 

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut. 

Comments