Negara berkebajikan tidak menekan rakyat

Rakyat negara ini wajar mengkaji dan menilai hasrat dan cadangan PAS untuk membentuk negara berkebajikan.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS dan Pakatan Rakyat mahu mewujudkan asas negara berkebajikan - pengurusan yang tidak akan membebankan rakyat sama sekali.

"Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”, dilihat kali pertama meletakkan komponen pengurusan dan pentadbiran ekonomi secara menyeluruh lagi terperinci. Ucapan-ucapan lalu lebih berkisar pada soal agama dan sosial."

"Dalam ucapannya Abdul Hadi menegaskan, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain." kata Yusof

"Hari ini rakyat sangat terbeban dengan kenaikan harga minyak, gula, elektrik, air dan sebagainya di mana kenaikan ini berpunca dari sikap kerajaan pusat yang tidak berusaha untuk menyelesaikannya malah bertindak menarik subsidi yang akhirnya rakyat semakin menderita. Ini bertentangan dengan konsep negara berkebajikan" tambah Yusof

Yusof berkata negara berkebajian yang akan diujudkan jika PAS dan PR ialah negara yang menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Umno-BN sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat.

Menurutnya juga, rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga.

“Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata.

“Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan,” kata Yusof memetik ucapan Abdul Hadi pada Muktamar PAS Pusat Jumaat lalu.

"PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan."

“PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara,” kata beliau lagi." tambah Yusof

PAS, kata Yusof, telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan Disember lalu.

Manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008 juga bertemakan negara kebajikan yang mana telah diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sehingga PAS berjaya membentuk kerajaan negeri di 2 buah negeri iaitu Kelantan dan Kedah dengan dibantu rakan-rakan dari PKR dan Dap. Selain itu PAS juga menjadi anggota kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Comments