Negara berkebajikan PAS tiada rasuah, tiada kronisme dan tidak menekan rakyat

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata negara berkebajikan PAS jauh berbeza dengan negara kebajikan yang dicanang oleh Umno.

"Mereka tuduh PAS tiru mereka, dan mereka dakwa BN sudah lama menjadikan Malaysia negara kebajikan"

"Kita tidak tiru negara berkebajikan yang penuh dengan rasuah, kronisme, penyelewengan dan lain-lain, negara berkebajikan kita bebas dari semua itu" ujar Mujahid yang juga merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Mujahid berkata negara berkebajikan yang PAS ingin bangunkan bukannya negara kebajikan iaitu negara 'welfare' sebagaimana yang difahami oleh Umno tetapi ianya jauh dari hanya semata-mata 'welfare'.

"Negara yang kita akan bina ialah sebuah negara yang bersifar negara yang baik, yang mendapat keampunan di sisi Allah"

"Kita akan pastikan rasuah dikurang dan dihapuskan, tiada kronisme, tiada penyelewengan dan sihat hidup sejahtera di dalamnya" tambah Mujahid.

Menurutnya, negara 'berkebajikan' yang didakwa dibentuk oleh Umno sekarang ialah negara yang menzalimi rakyat dengan menarik subsidi minyak, gula dan sebagainya tetapi pada masa yang sama memberikan subsidi kepada IPP iaitu YTL Power, Genting Sanyen, Malakoff sebanyak RM19 bilion.

"Negara berkebajikan Umno ialah negara yang mengamalkan rasuah di mana RM20 bilion hilang akibat rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran dan sebagainya".

"Negara berkebajikan Umno ialah negara yang menekan rakyat dengan kenaikan harga barang disebabkan kenaikan tarif elektrik, kos pembuatan, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula. Bila kos meningkat, pengeluar, peruncit menaikkan harga dan rakyat terpaksa membeli barangan dengan harga yang tinggi" kata Mujahid.

Beliau berkata ini berbeza dengan negara berkebajikan PAS yang akan berusaha memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita akan memberhentikan subsidi kepada IPP, menghentikan konsesi Tol dan menghapuskan rasuah" kata Mujahid.

Beliau berkata demikian pada ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan Bukit Baru di Bukit Beruang malam tadi. Selain Mujahid ceramah tersebut turut menampilkan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan aktivis veteran PAS Ustaz Mohamad Yusof.

Comments

Anonymous said…
mana ada 4 tahun aku duduk dalam pemerintah pas lagi teruk, lagi kuat kroni lu tak payah cakap lah gua yang pernah merasa negrei makin kotor adalah macamana yang nak menegakan islam kalau kebersihan tak boleh jaga ia slah satu daripada kehendak islam