Perdana Menteri, Najib Razak memang tidak malu menuduh PAS meniru BN berkenaan Negara Berkebajikan. PAS tidak 'lapaq' dan kemaruk untuk meniru Negara Berkebajikan BN yang penuh dengan rasuah, penyelewengan, kronisme, kezaliman dan maksiat.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.
Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.
“Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan. Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil. Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya," tambah beliau.
Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.
Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.
Kenyataan beliau saya petik dari Harakahdaily.
Comments