(Muktamar) Jenguklah kami di Sarawak jangan biarkan cawangan mati

Wakil PAS Negeri Sarawak mengharapkan pemimpin PAS Pusat supaya melawat Sarawak dengan lebih kerap bagi membimbing PAS Sarawak memperkuatkan jentera PAS di semua peringkat.

"Kita tidak mahu PAS Cawangan dan Kawasan ditubuhkan tetapi selepas setahun ianya berkubur begitu sahaja".

"Kita berjaya menubuhkan banyak cawangan baru dan menerima keahlian yang ramai semasa Pilihanraya Negeri Sawarak baru-baru ini" kata beliau.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas PAS yang membantu PAS dan PR pada pilihanraya negeri baru-baru ini.

Comments