(Muktamar) DHPP cabar Umno berdebat

Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) mencabar Umno berdebat atas isu Melayu. Pengerusi DHPP, Hu Pang Chow yang berucap mewakili DHPP berkata beliau mencabar Umno untuk berdebat atas tajuk Benarkan Umno membela Melayu.

"Saya berani untuk berdebat dengan Umno atas tajuk benarkah Umno membela Melayu dengan sesiapa sahaja pemimpin Umno. Saya harap Najib menjawab cabaran saya ini" tegas Hu.

Di akhir ucapannya Hu juga mengharapkan semua petugas dan ahli PAS berjuang dengan lebih kuat moga-moga kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Comments